Lagi ‎200 penduduk bantah kenyataan biadab Tian Chua


PASIR PUTEH 13 Mac - Seramai 200 penduduk pekan Cherang Ruku yang mewakili 10 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan terhadap Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) berhubung kenyataan biadabnya mengenai pencerobohan pengganas Sulu di Sabah.

Mereka turut berpiket secara aman dan membakar gambar Ahli Parlimen Batu itu sebagai tanda kemaharan terhadap kenyataan biadab beliau.

Laporan polis itu dibuat pada pukul 4.30 petang ini diketuai Pengerusi Kawasan Rukun Tentangga (KRT) Cherang Ruku, Wan Abdul Aziz Wan Noh.

Wan Abdul Aziz ketika ditemui berkata, laporan polis itu dibuat atas dasar pemuafakatan penduduk untuk mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap pemimpin PKR terbabit yang tidak mempunyai semangat patriotisme.

"Sekiranya dia (Tian Chua) menghargai kedaulatan dan keamanan negara kenyataan biadap berunsur hasutan dan ada sentimen politik tidak akan dimanipulasi olehnya," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana