Lagi laporan polis, demonstrasi aman kutuk kenyataan Tian Chua.


KUALA LUMPUR: Puluhan laporan polis dibuat badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik terhadap Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua yang dilihat cuba mempolitikkan insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.

Di PERLIS, polis daerah Kangar menerima 19 laporan polis terhadap Tian Chua oleh badan politik dan NGO Perlis, semalam.
Kira-kira 150 anggota badan politik dan NGO berkenaan juga mengadakan demonstrasi secara aman di hadapan ibu pejabat polis itu dengan membawa pelbagai sepanduk yang mengecam Tian Chua.


Di PULAU PINANG, tujuh NGO iaitu Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA), Persatuan Warga Cinta Negara Malaysia (PENCINTA), Persatuan Warisan Dada, Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) dan Gerak Sepakat membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut.

Tiga NGO lain iaitu Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) cawangan Barat Daya, Persatuan Ibu Tunggal Balik Pulau serta Pergerakan Wanita dan Pemuda UMNO Bahagian Balik Pulau pula menggesa kerajaan menjalankan siasatan terhadap pemimpin PKR itu.

Di KELANTAN, lebih 100 orang kontraktor daripada Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) cawangan Tumpat, mengadakan perhimpunan secara aman di perkarangan Kompleks Perpaduan Tumpat bagi mengecam kenyataan itu.

Di MELAKA, kira-kira 150 penduduk daerah Alor Gajah termasuk anggota beberapa NGO berhimpun di Dataran Keris di sini bagi mendesak Tian Chua meminta maaf atas kenyataannya.
Mereka berhimpun secara aman selama kira-kira 30 minit dengan membawa kain rentang dan sepanduk bertulis antaranya 'Jangan Hina Wira Negara' dan 'Tian Chua Biadap, Nyah Kamu dari Malaysia'.

Tian Chua sebelum ini dilapor mengeluarkan kenyataan bahawa insiden pencerobohan di Lahad Datu adalah sandiwara UMNO untuk menakut-nakutkan rakyat, susulan kejadian serangan ke atas pasukan keselamatan negara yang mengorbankan lapan anggota polis.

- BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana