Lagi...pendedahan pelan cetus huru hara masa PRU13


Pada 13 Mac lalu Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin  mendedahkan kerajaan ada maklumat puak pembangkang ada rancangan nak cetus huru hara masa hari mengundi PRU13.Katanya beliau sendiri sudah baca dokumen mengenai rancangan itu.Jumaat, Yang Di Pertua Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM) Datuk Adiwijaya Bin Hj Abdullah mendedahkan satu dokumen bertarikh 15 Disember 2012 yang ada sebuah lambang parti yang didakwa module untuk cetuskan kekecohan.

Tidak pasti samaada ia antara dokumen yang dimaksudkan Muhyiddin.Adiwijaya yang mengadakan sidang akhbar bersama barisan pimpinan PSSGM di Kuala Lumpur mendedak pihak berkuasa menyiasat hal yang beliau sifatkan sangat merbahayakan keselamatan negara.
Serentak dengan itu beliau memberi amaran anak-anak gayong tidak akan berdiam diri dan akan bangun menentang sebarang cubaan untuk cetus huru hara semas a pilihanraya.

Beliau memberitahu 10 kawasan Parlimen yang disasarkan untuk cetus huru hara dalam module berkenaan ialah  Gombak, Lembah Pantai, Permatang Pauh, Setiawangsa, Wangsa Maju, Bagan Serai, Bukit Katil, Muar, Pandan dan Sabak Bernam.

Rancangan itu antara lain melibatkan pembentukan kumpulan-kumpulan protes dan antara modus operandinya ialah mendakwa pilihanraya tidak dilaksanakan dengan bersih.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana