Lahad Datu: Menteri Pertahanan lepas geram...


Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi nampak geram betul dengan 'tukang komen' operasi di Lahad Datu termasuk dakwa pasukan keselamatan lambat bertindak sehinggalah dua anggota komando polis terkorban.

Beliau menegaskan tidak seharusnya timbul isu mengenai kelewatan tangani pencerobohan itu memandangkan kaedah terbaik yang dilihat ialah menerusi rundingan bagi mengelak sebarang pertumpahan darah."Timbul dakwaan kononnya tindakan lambat dibuat sehingga apabila ada dua anggota polis terkorban di Kampung Tandou, baru ada tindakan daripada ATM, ini bukan soal lambat kerana kami yakin kaedah yang terbaik ialah menerusi rundingan."Seboleh mungkin kami tidak mahu sebarang pertumpahan darah berlaku. Tetapi apabila musuh bukan sekadar menceroboh, maka itu tiada kompromi lagi," katanya pada wartawan selepas satu majlis di Sungai Petani,Sabtu

Serentak dengan itu Zahid turut mencabar pembangkang yang sebelum ini melemparkan tuduhan bahawa insiden itu satu sandiwara politik UMNO, untuk turun sendiri bertempur mempertahankan kedaulatan negara."Biar mereka pergi sendiri, biar parti mereka menjadi penaja utama untuk bertempur tanpa perlindungan daripada tentera mahupun polis, tengok sama ada perkara ini sandiwara politik atau tidak. Kalau mereka mahu syahid politik, jangan minta tolong daripada tentera dan polis," katanya.

Beliau juga menyelar tindakan pihak atau individu yang memperlekeh serta menghina kredibiliti anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), susulan insiden pencerobohan pengganas

Zahid berkata, golongan itu termasuklah aktivis media sosial, langsung tidak bersimpati dengan keadaan sebenar yang berlaku.

Beliau berkata, mereka seharusnya memahami naluri dan sanubari anggota ATM dan PDRM yang bertugas di sana demi kepentingan rakyat Malaysia keseluruhannya."Kalau mereka mempolitikkan, memperlekeh serta menghina anggota tentera dan polis, maka mereka merupakan orang yang langsung tiada hati perut kerana apa yang dilaksanakan tentera dan polis bukanlah sandiwara politik sebagaimana yang mereka tuduh.

"Ketepikan perbezaan pegangan politik, ini soal pertahanan negara, walaupun ada di kalangan mereka itu pengarah strategi sebuah parti politik, tidak bermakna dia mengetahui semua hal termasuk kaedah peperangan," katanya.

Beliau menghadiri Majlis Ramah Mesra Menteri Pertahanan Bersama Warga 6 Briged sempena Perbarisan Pemakaian Pangkat, di Kem Lapangan Terbang, dekat sini yang turut dihadiri Panglima Divisyen ke-2 Infantri Malaysia, Mejar Jeneral Datuk Azizan Md Delin; Panglima 6 Briged, Brig. Jeneral Datuk Zulkapri Rahamat dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana