Lahad Datu : Pihak Berkuasa Perketat Kawalan Tumpuan...Alhamdulilah


LAHAD DATU 13 Mac - Op Daulat kini mempertingkatkan lagi kepungan di tiga kawasan utama iaitu Kampung Sungai Nyamuk, Kampung Tanjung Batu dan Kampung Sungai Bilis dalam mengesan dan menjejak pengganas Sulu.

Menurut Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib, kampung tersebut merupakan antara 10 kampung yang terkandung dalam Gugusan Labian.“Namun, setakat ini kita hanya menumpukan kepada tiga kampung berkenaan bagi menjejaki mereka (pengganas Sulu),” katanya pada sidang media di Felda Sahabat 16 pagi tadi.

Beliau sebelum ini turut menjelaskan Agbimudin yang mengetuai kumpulan pengganas tersebut masih bersembunyi di antara Kampung Tanjung Batu dan beberapa kampung di Felda Sahabat 18.Tambahnya lagi, Agbimuddin dipercayai cuba untuk melepasi kawalan pasukan keselamatan yang mengepung ketat di darat dan laut.

Semalam, dalam pertempuran selama 6 jam di Kampung Sungai Nyamuk, seorang anggota tentera terkorban dan seorang lagi cedera.Pertempuran yang berlangsung dari  7.45 pagi hingga 1.50 tengah hari itu turut mengorbankan dua pengganas dan mencederakan seorang daripada mereka.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana