Lahad Datu:Baru tanya soalan Anwar warning nak saman!


Lojik akal...kalau rasa tidak betul sepatutnya Ketua Umum PKR itu saman media Filipina yang lapor kait beliau .Tak gitu?Entah le..ini mungkin standard kebebasan media jika Pakatan Rakyat berkuasa.Tanya soalan sesuatu yang lojik pun dah kena  warning nak saman tulis bab ini.Tugas waratwan ialah bertanya.Orang politik nak jawab...jawablah.. tak mau sudah...tapi jangan guna bahasa macam nak ugut saman begitu."Saya sudah saman TV3 dan Utusan...you ulang....saya saman you pula," itu cara pembesar Pakatan Rakyat ini jawab bila ditanya bab mengapa nak saman TV3 dan Utusan sahaja.

Bukankah laporan yang sebut namanya itu terbentang depan mata dalam Philipine Inquirer,Manila Times dan Reuters.Anwar tegas nafi media berkenaan kait beliau dengan pencerobohan orang Sulu."Media mana?" tanya beliau.Kalangan wartawan lain yang hadir dalam sidang akhbar itu terpinga-pinga lihat gelagat beliau.
Ini bukan pertama kali Anwar  naik suara,sindir dan buat perangai semasa jawab soalan yang mungkin beliau tak syok masa sidang akhbar.

Pada sidang akhbar itu Anwar antara lain kondem kerajaan dakwa lambat salur maklumat pasal isu Sulu hingga tersebar macam-macam khabar angin.Tujuan sidang akhbar berkenan diadakan ialah beliau nak umum bahawa Pakatan Rakyat mahu ssatu sidang akhbar khas Parlimen mengenai isu Sulu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana