Manifesto awal Pas janji gagal ditunai semasa perintah Terengganu


HULU TERENGGANU 12 Mac - Sepuluh tawaran awal dalam manifesto Pas Terengganu menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) merupakan antara janji yang gagal ditunaikan Pas semasa mentadbir negeri ini selama sepenggal bagi tempoh 1999- 2004.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Datuk Rosol Wahid berkata, ketika Pas memerintah di Terengganu, parti itu juga gagal membawa perubahan kepada negeri ini walaupun mendapat mandat penuh daripada rakyat.

Pas tidak akan mampu melaksanakan janji dalam manifesto itu dan ini terbukti apabila gagal menunaikan janjinya ketika memerintah Terengganu dahulu, katanya di sini hari ini.

Manifesto Pas itu antara lain menawarkan untuk menyediakan 17,000 peluang pekerjaan dalam tempoh masa tiga tahun memerintah, pengecualian cukai pintu, bekalan air percuma, menyerah balik tanah terbabit projek perumahan kerajaan, cuti bergaji 30 hari kepada kakitangan awam kematian suami, projek dan skim khas rakyat miskin.

Beliau berkata, Pas sepatutnya menyelesaikan masalah di Kelantan dan Kedah terlebih dahulu seperti masalah bekalan air di Kelantan dan penebangan balak berleluasa di Kedah sebelum menabur janji di Terengganu.

Rosol yang merupakan antara empat Adun Barisan Nasional (BN) yang berjaya mempertahankan kerusinya ketika Terengganu jatuh ke tangan Pas, berkata rakyat Terengganu sudah tahu menilai kerajaan mana yang mampu membela nasib rakyat dan siapa pemimpin yang boleh dipercayai dan menepati janji. — BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana