Manifesto pakatan jejas industri kereta terpakai


KUALA LUMPUR: Langkah pakatan pembangkang untuk mengurangkan harga kereta kepada RM25,000 sebuah, seperti dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-13nya, akan menjejaskan industri kereta terpakai, kata Tun Dr Mahathir Mohamed.
   
Bekas Perdana Menteri itu berkata apa yang terkandung dalam manifesto itu adalah satu yang mudah untuk diperkatakan, namun belum tentu ada yang sanggup melaksanakannya.
   
"Orang yang jual kereta terpakai tidak boleh jual lagi, bila tidak boleh jual kereta terpakai, kereta baru pun tidak boleh dijual juga."Orang yang mempunyai kereta, nak jual kepada peniaga kereta terpakai untuk tambah wang nak beli kereta baru. Bila peniaga kereta terpakai dah rugi, dia tutup kedai, tidak boleh hendak beli kereta baru," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan siri ketiga syarahan kepimpinan Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT).Dr Mahathir berkata demikian sebagai mengulas manifesto pakatan pembangkang yang mahu meliberalisasikan industri automotif negara bagi memastikannya berdaya saing dan nilai tambah kepada rakyat.
   
Pakatan rakyat percaya industri automotif negara yang benar-benar berdaya saing boleh mengeluarkan kereta pada harga serendah RM25,000 selain menurunkan cukai eksais secara berperingkat dan memansuhkannya dalam tempoh lima tahun supaya harga kereta lebih berdaya saing.
   
Dr Mahathir berkata dengan menjual kereta pada harga serendah RM25,000, negara khususnya di Kuala Lumpur bakal berdepan masalah kesesakan lalu-lintas yang serius.
   
Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan memerlukan pendapatan hasil daripada duti import dan duti eksais bagi menjana ekonomi, sekali gus menampung jumlah subsidi.
   
Sementara itu, mengulas mengenai pengumuman Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berhubung penurunan cukai import kenderaan dipasang sepenuhnya (CBU) dari Jepun, Dr Mahathir berkata ia tidak akan "membunuh" industri automotif tempatan.
   
Bagaimanapun, beliau mengakui bahawa langkah itu memberi cabaran yang lebih hebat kepada industri tempatan."Industri tempatan hendak ada perlindungan, kalau ada. Sebagai penasihat Proton, sudah pasti saya mahu Proton dapat menjual lebih banyak kereta. Pengurangan itu akan menjejaskan jualan Proton," katanya.Mustapa mengumumkan cukai import kenderaan CBU dari Jepun diturunkan kepada 15 peratus berkuat kuasa tahun ini berikutan hasil perjanjian kerjasama ekonomi Malaysia-Jepun.
   
Katanya mengikut perjanjian itu, cukai import kenderaan CBU yang diimport dari Jepun, akan diturunkan kepada 10 peratus pada 2014, lima peratus pada 2015 dan seterusnya sifar bermula 2016.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana