Melompat-lompat Kawasan Bukti Kit Siang Tak Ikhlas Berkhidmat Untuk Rakyat


Lim Kit Siang yang berhasrat untuk bertanding di kawasan Gelang Patah hanyalah  demi kepentingan survival politik mereka dan bukannya benar-benar untuk berkhidmat untuk rakyat.jika benar dakwaan Lim Kit Siang bahawa DAP merupakan parti multirasional yang berkhidmat untuk semua bangsa, mengapa beliau memilih untuk bertanding di Gelang Patah di mana majoriti pengundinya adalah berbangsa Cina.

“Jika dakwaan beliau bahawa DAP kini diterima oleh orang Melayu, maka Kit Siang sepatutnya bertanding di kawasan majoritinya Melayu. Jangan hanya berkokok saja lebih. Tindakan pemimpin Pakatan Pembangkang seperti Lim Kit Siang yang melompat sana, melompat sini untuk bertanding adalah sesuatu yang memalukan dan satu perbuatan yang tidak bermaruah.

“Mereka bertanding dengan harapan untuk mengekalkan jawatan mereka dan bukanlah dengan niat untuk membantu rakyat setempat. Mereka sebenarnya telah menodai kepercayaan rakyat yang selama ini memberikan undi kepada beliau.“Namun saya berkeyakinan, bahawa Kit Siang akan menghadapi cabaran yang getir sekiranya beliau bertanding di Gelang Patah. Memang benar kawasan itu majoritinya terdiri dari kaum Cina, tetapi beliau jangan sangka semua orang Cina menyokong beliau.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana