Merakyatkan ekonomi Selangor dibakulsampahkan?


PETALING JAYA: Selepas mempertahankan projek kondominium mewah Datum Jelatek, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim seterusnya menggesa agar syarikat swasta membantu kerajaan negeri untuk membina rumah mampu milik.

Justeru timbul persoalan sama ada Khalid masih berpegang kepada agenda untuk merakyatkan ekonomi Selangor atau pun mula mencongak keuntungan setelah "selesa" menghimpit rakyat sepanjang lima tahun pentadbiran di negeri itu.

Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Mohd Zin Mohamed menegaskan kerajaan PKR perlu menilai terlebih dahulu tanggungjawab ke atas rakyat Selangor dengan cara mempertingkatkan pendapatan isi rumah sebelum mengumumkan projek-projek mewah.

"Dalam kajian kita anggaran pendapatan RM5,000 sebulan, jika nak buat pinjaman bank memakan masa 25 tahun saya rasa pinjaman tidak pun sampai RM250 ribu.

"Berapa ramai dalam Selangor yang berpendapatan begitu? Apa yang mereka pentingkan adalah wang ringgit semata-mata."Adakah itu satu tanggungjawab PKNS atau Khalid sudah tukar tujuan merakyatkan ekonomi rakyat Selangor," katanya kepada wartawan dalam sidang media hari ini.Jelasnya lagi berdasarkan purata pendapatan rakyat Selangor, jumlah pinjaman bank yang mampu dimiliki oleh majoriti rakyat Selangor masih tidak dapat mengatasi harga rumah mewah yang sedang bertambah.

"Kita sudah membangkitkan beberapa perkara utama yang menentukan kemampuan rakyat Selangor memiliki kediaman yang mampu diperoleh. Jadi sila beritahu sekukuh mana ekonomi rakyat di Selangor yang mampu memiliki harga rumah tinggi."Jadi macam mana rakyat boleh mendapat pendapatan yang kira-kira RM15 ribu kalau nak beli (rumah)?" soal beliau.Projek Datum Jelatek yang diusahakan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bakal menelan belanja berjumlah RM1.2 bilion mensasarkan pelaburan tinggi asing.

Projek tersebut dibina di atas tanah PKNS yang sepatutnya dijadikan aset untuk memberi tempat tinggal kepada rakyat Selangor yang masih belum memiliki rumah sendiri.Khalid yang tidak mengendahkan bantahan rakyat setempat berkeras menyatakan bahawa projek tersebut sebagai usaha kerajaan Selangor untuk mempertingkatkan aset kaum Melayu dan Bumiputera di negeri itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana