Najib : Doa iringi Pejuang Negara berdepan Pengganas.


KUALA LUMPUR 6 Mac - Rakyat Malaysia disaran agar terus berdiri teguh dan menyokong pejuang negara dalam operasi bagi menamatkan pencerobohan pengganas di Sabah.Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, sokongan tersebut harus diiringi doa agar parajurit Negara berjaya melaksanakan tanggungjawab membela Negara.

"Doakan kejayaan mereka yang berjuang di Lahad Datu dan Semporna," katanya di dalam laman Facebook beliau di sini hari ini. Najib juga bersyukur apabila dimaklumkan bahawa operasi tersebut berjalan seperti dirancang."Pagi tadi, saya mengeluarkan kenyataan bahawa kita tidak akan benarkan sesiapa sahaja menggugat kedaulatan negara," katanya.

Beliau berkata. operasi memberkas penceroboh dan pemeriksaan dari rumah ke rumah sedang dilakukan.Sementara itu, di dalam laman blog beliau www.1malaysia.com.my, turut dimuatkan klip video lagu patriotik "Inilah Barisan Kita" bagi menyuntik semangat terhadap pasukan keselamatan negara yang berjuang untuk keselamatan negara dan bangsa.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana