Najib Razak berikrar bahawa beliau tidak sesekali akan membiarkan seinci pun bumi Malaysia digugat atau dinodai oleh sesiapa.


Beliau turut melahirkan rasa syukur bahawa rakyat Malaysia pada umumnya menyokong penuh pendirian dan tindakan yang diambil oleh pihak kerajaan serta menyelar seorang pemimpin pembangkang yang tergamak menuduh pencerobohan tersebut sebagai sandiwara UMNO.

''Namun saya merasa amat dukacita bahawa niat yang baik dan murni ini telah dibalas dengan tindakan menembak dan membunuh dengan cara sangat kejam yang dilakukan terhadap pasukan polis kita.

''Oleh itu, sebagai ketua kerajaan saya mengambil keputusan bahawa masa untuk kita memberikan apa-apa pertimbangan sudah berakhir dan kita perlu bertindak dengan segala kekuatan yang ada.

''Pada saat saya sedang berucap ini pasukan tentera darat dan anggota polis dalam kereta perisai dengan anggota-anggota yang mengikuti di belakangnya sedang melakukan tindakan untuk memberkas dan menumpas pasukan yang telah melanggar kedaulatan negara.

''Paling sedih dan menyayat hati apabila saya terpaksa pergi ke lapangan terbang untuk menerima jenazah-jenazah wira-wira negara dan saya cukup sedih apabila berdepan dengan balu-balu dan anak-anak mereka.

''Ada anak lima ke enam tahun tidak tahu apa-apa. Mereka beritahu saya bapa kena bom. Inilah kisah-kisah yang menyedihkan saya tetapi ada juga orang yang tergamak menuduh ini adalah satu sandiwara kerajaan. Saya tidak tahu apa yang hendak saya kata kepada manusia seperti ini.

''Atas sebab ini jugalah rakyat perlu menolak orang seperti ini.” – Najib Razak

UMNO bersandiwara lagi? Fikir-fikirkanlah.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana