Nama Anwar semakin bersih, kata Nik Aziz...Entahlah Nik Aziz Ni


SHAH ALAM: Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bebas sepenuhnya daripada tuduhan yang dilemparkan terhadap Ketua Pembangkang itu sepanjang karier politiknya.

Kenyataan itu dibuat susulan pengakuan terbuka bapa kepada Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim semalam apabila mendakwa tuduhan liwat kedua sebagai konspirasi terancang oleh pegawai khas kepada perdana menteri untuk memenjarakan Anwar.

Nik Aziz turut menyangkal dakwaan sesetengah pihak mengatakan bahawa Anwar membayar Azlan dengan sejumlah wang untuk membantu memulihkan imej moralnya, lapor Sinar Harian Online.

"Pendustaan satu masa akan terbongkar menteri berdusta pun akan terbongkar. Takkan Anwar upah bapa Saiful sedangkan menteri lebih banyak duit dari dia (Anwar).

"Alhamdulillah semakin hari, nama Anwar semakin bersih sekarang dan insya-Allah selepas ini dia akan bebas dari sebarang tuduhan dan fitnah yang dilemparkan terhadapnya," katanya dalam sebuah majlis hari ini.

Namun lewat petang semalam, Saiful dalam satu sidang media memberitahu beliau tetap mempertahankan kenyataannya sebelum ini bahawa beliau pernah diliwat oleh Anwar.

Justeru menggesa supaya Ketua Umum PKR itu tidak menggunakan ahli keluarganya untuk mengejar cita-cita politik.

Sejak dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1998, Anwar dipalitkan dengan pelbagai tuduhan moral dan salah guna kuasa termasuk pernah menjalani hukuman penjara enam tahun pada 1999 kerana tuduhan rasuah sebelum dibebaskan pada 2004.

Anwar pernah didakwa meliwat Azizan Abu Bakar dan Sukma Darmawan pada sekitar tahun 1990-an ketika menjadi timbalan perdana menteri dalam kerajaan.

Beliau turut pernah dikaitkan dengan skandal bersama isteri Timbalan Presiden PKR Azmin Ali sepertimana yang didakwa oleh Ummi Hafilda dan S Nallakurapan.

Media turut digemparkan dengan penayangan video kepada wartawan terpilih oleh ahli perniagaan Datuk Shazry Eskay dan Tan Sri Rahim Tamby Chik tentang video seorang individu mirip Anwar mengadakan hubungan seks yang dipercayai pelacur dari negara China.

Dan terbaru adalah kes liwat kedua bersama bekas pembantu peribadinya Saiful di mana mahkamah membebaskan Anwar kerana tidak dapat memastikan 100 peratus bahawa integriti sampel DNA tidak terusik.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana