Nik Nazmi : Tian Chua Mangsa Jenayah Media UMNO..Lihatlah Kurang Ajar Betul Lah


KUALA LUMPUR 15 Mac - Pertuduhan terhadap Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua yang mendakwa insiden pencerobohan bersenjata di Lahad Datu sebagai sandiwara politik UMNO disifatkan sebagai mangsa jenayah media UMNO.Menurut Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi, kenyataan oleh Tian Chua yang disiarkan di portal rasmi PKR, Keadilan Daily, telah diputar belit media arus perdana dan berniat jahat untuk terhadap beliau.

"Keadilan (PKR) menggesa kerajaan mengugurkan pendakwaan terhadap Tian Chua, apatah lagi ia dibuat menikut Akta Hasutan yang jelas berniat jahat atas kepentingan politik.""Sebelum ini, Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) umum pemansuhan Akta hasutan 1948 tapi kejadian hari ini ternyata bercanggah. Saya percaya ini disengajakan dengan niat jahat," katanya kepada pemberita semalam.Tambak Nazmi lagi, Tian Chua sebelum ini memberi keterangan kepada polis mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan (kesalahan memfitnah) kemudiannya ditukar kepada Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan.

Beliau dalam pada itu turut menecam tindakan dua anggota polis yang bertindak cuba untuk menahan beliau di kafeteria Mahkamah Jalan Duta sebelum prosiding bermula kira-kira jam 9.45 pagi."Tian Chua sudah ada di mahkamah untuk ikuti perbicaraan. Tindakan menahan individu yang ikut prosedur undang-undang adalah cubaan memalukan beliau sebagai ahli parlimen," katanya lagi.


Sementara itu, ASP Wong Chee Mean dari Jabatan Siasatan Jenayah Johor menjelaskan, beliau tidak berniat untuk menggari atau menahan Tian Chua di dalam lokap, tetapi hanya untuk mengiringi beliau ke bilik polis di kompleks mahkamah tersebut.

"Ini adalah prosedur biasa. Kemudian pihak mahkamah akan menetukan bilik mahkamah yang akan digunakan dan polis akan mengiringi beliau ke bilik tersebut.""Kita cakap secara sopan, tetapi ramai yang bercakap secara kasar kita tak mahu cetuskan provokasi... Tujuan kita datang cuba nak bawa dia (Tian Chua) ke pejabat polis, itu sahaja," ujarnya.

Kira-kira 15 pengikut PKR dilihat cuba bertindak membuat kepungan terhadap dua anggota polis yang cuba untuk menjalankan tugas dan salah seorang daripada ahli kumpulan tersebut memarahi pegawai polis berkenaan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana