Ops Daulat: Tiada anggota keselamatan belot


KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan tiada anggota keselamatan yang 'belot' apabila memperlekehkan keupayaan anggota keselamatan negara dalam menentang penceroboh di Sabah.

"Kalau betul ada, tentu mereka sudah kena tindakan. Jika pun memang ada pembelot itu, saya yakin pihak berwajib akan bawa orang itu ke muka pengadilan.

"Saya tanya Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib mengenai perkara itu. Harap khabar angin jangan dibesarkan," katanya dalam Program 'Helo Malaysia' terbitan BernamaTV, di sini malam tadi.

Beliau juga meminta semua pihak supaya tidak menyebarkan perkara yang tidak benar dan mendapatkan pengesahan terdahulu sebelum mempercayai sesuatu perkara.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana