"Ops Daulat" yang dilancarkan pihak keselamatan negara ke atas pengganas asing bersenjata di Kampung Tanduo dekat Lahad Datu



*Serangan terhadap penceroboh di Lahad Datu diambil bagi mempertahankan maruah dan kedaulatan negara memandangkan usaha untuk mengelakkan pertumpahan darah tidak diendahkan oleh musuh.

*Saya berasa dukacita bahawa niat yang baik dan murni telah dibalas dengan tindakan menembak membunuh dengan cara yang sangat kejam yang dilakukan terhadap anggota polis kita. - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

*Penceroboh di Lahad Datu boleh didakwa di mahkamah Malaysia kerana membunuh. - Menteri di Jabatan       Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.
*Malaysia sudah sentiasa bertolak ansur, pendirian tegas ini merupakan satu keadilan untuk semua pihak bagi mempertahankan kemakmuran Malaysia. - Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia, Datuk Muhammad Abdul Ghani.

*Masanya telah tiba untuk kita bertindak untuk mengelak lebih ramai anggota kita yang menjadi korban. - Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye.

*Selama ini kita telah membantu secara terbuka membenarkan mereka berada di Sabah mencari nafkah dan kerajaan juga sebelum ini menjadi orang tengah untuk berunding masalah di Selatan Filipina.

Namun bukan sahaja mereka tidak menyanjung tinggi malahan menyusup masuk dan menembak mati pegawai keselamatan kita yang tidak berniat pun untuk membunuh mereka tetapi mahu berunding. - Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman. Tan Sri Zaman Khan.

BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana