Papa Gomo ugut dedah lebih banyak skandal Anwar


Papa Gomo ugut dedah lebih banyak skandal Anwar

SHAH ALAM: Blogger sensasi, Papa Gomo memberi kata dua pada Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menarik balik saman terhadapnya jika tidak mahu lebih banyak pendedahan skandal seks membabitkan Ketua Pembangkang itu.

"Saya nak menyatakan bahawa saya memohon maaf kepada Datuk Seri kerana saya tidak ada pilihan lain selain daripada terus mendedahkan kegiatan tak bermoral Datuk Seri agar rakyat mengetahui kebenarannya," katanya dalam enrti terbarunya dalam laman blognya.

Beliau juga memberi tempoh sama kepada Anwar iaitu 30 jam supaya pemimpin itu menarik balik saman terhadapnya jika tidak mahu lebih banyak pendedahan dibuat.

Anwar memulakan proses perundangan ekoran pendedahan gambar dan video lelaki mirip pemimpin utama pembangkang itu, semalam.

Ketua Umum PKR itu memberi masa 48 jam supaya Papa Gomo menarik balik tuduhan dan memohon maaf terhadapnya.

Blogger Papa Gomo sebelum ini mendedahkan beberapa siri rakaman video skandal seks yang memaparkan seorang lelaki yang wajahnya mirip kepada Anwar, yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Anwar bagaimanapun menafikan dakwaan itu dan menyifatkan ia adalah rekayasa seteru politiknya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana