PAS Guna Aritis Untuk Raih Sokongan Pengundi...Ulama Diketepikan...Masyallah


KUALA LUMPUR 3 Mac - Kehadiran artis dalam ceramah yang dianjurkan PAS tidak lebih dari sekadar menarik sokongan pengundi yang menjadikan populariti sebagai dorongan untuk terus menyokong pati tersebut.Munurut Ketua Penerangan Perkasa Mahhadee Ramli, penampilan golongan tersebut tidak lebih sekadar gimik politik PAS dan fakta yang disampaikan tidak tepat dan menyimpang.

"Lebih baik mereka diam, pada saya bab agamanya tidaklah terlalu hebat untuk diperkatakan," katanya kepada pemberita baru-baru ini.

Tambah Mahhadee, kumpulan artis ini tidak berbicara mengikut fakta tepat lantas mempertikaikan kredibiliti golongan ini untuk berbicara dalam isu agama.

Beliau turut mengulas kenyataan Bob Lokman yang menyatakan program 'Jelajah Janji Ditepati' anjuran Barisan Nasional (BN)' lebih teruk dari iblis tidak seharusnya berlaku.

Ujarnya, bagi seseorang yang berpendidikan agama yang baik, Bob tidak akan mengeluarkan kata-kata itu.

"Dia hanya penceramah PAS dan mengeluarkan fakta-fakta sesat lagi menyesatkan. Itu yang kita nampak sebenarnya," katanya lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana