Pemimpin PAS juga tidak terkecuali dari sikap berbohong


Demikian nampaknya matlamat politik dua pemimpin PKR ini. Malangnya dalam PASpun tidak jauh berbeza. Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Nizar Jamaluddin pun mempunyai tabiat yang sama.

Beliau mendakwa kerajaan sudah berbuat aniaya pada keluarga dan waris mangsa buruh paksa landasan maut di Burma dalam Perang Dunia Kedua.

Kononnya menyesali tindakan tenteranya memaksa pemuda Malaysia membina landasan keretapi maut hingga ke Burma (Myanmar), kerajaan Jepun membayar pampasan RM207 bilion.

Nizar mendakwa pampasan itu sudah dibayar pada kerajaan Malaysia. Beliau juga mendakwa ada bukti Kementerian Kewangan telah menghantar surat pada waris buruh paksa memberitahu mereka akan dibayar pampasan.

Ternyata kemudian dokumen yang digunakannya itu adalah palsu. Ini disokong oleh penjelasan Kedutaan Jepun di Kuala Lumpur bahawa kerajaannya tidak pernah bersetuju apatah lagi membuat bayaran berkenaan.

Seperti biasa tabiat pembangkang, apabila pembohongan mereka didedahkan, mereka hanya mendiamkan diri dan mencari helah lain untuk berbohong lagi. Misi mereka ialah menyemai rasa benci.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana