Pemimpin PR tidak malu berbohong


Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar. Dengan menayangkan surat arahan kononnya daripada ibupejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kepada semua Pejabat Pendaftaran negeri, Mahfuz mendakwa kad-kad pengenalan siap tetapi tidak dituntut dihantar ke pejabat Jabatan Pendaftaran Keningau di Sabah.

Beliau mendakwa ini mungkin ialah satu lagi skim pengundi hantu di Sabah. Kad-kad pengenalan ini dikatakan akan diberi kepada warga asing kononnya supaya mereka boleh mengundi dalam pilihan raya umum dan memilih Barisan Nasional (BN).

Apabila pegawai Jabatan Pendaftaran membuat laporan polis bahawa apa yang ditayangkan oleh Mahfuz itu adalah surat palsu,  beliau hanya berdiam dan tidak berani menimbulkan isu itu lagi.

Sekali lagi, pemimpin pembangkang tidak berasa bersalah dan tidak malu berbohong pada khalayak ramai. Malah mereka berasa tidak perlu minta maaf kerana berbohong adalah perbuatan keji dan jenayah.

Amat malang bagi Malaysia jika pembohong-pembohong muda begini diangkat menjadi pemimpin. Yang pasti mereka akan menyajikan lebih banyak pembohongan pada rakyat.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana