Pemimpin UMNO jadi 'kambing hitam'?


KUALA LUMPUR 21 Mac - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipercayai bakal menjadikan pemimpin tertentu dalam UMNO sebagai 'kambing hitam' bagi menutup masalah dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR) ekoran pendedahan Mohd. Fareez Kamal Intidzam.

Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Ruslan Kasim berkata, selain pemimpin UMNO, Anwar juga dikatakan bakal menyalahkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tertentu ekoran desakan dan laporan polis yang dibuat Mohd. Fareez.

Katanya, langkah terdesak itu terpaksa dilakukan Anwar untuk menyelamatkan masa depan politik anak emasnya yang juga Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, kerana pendedahan Mohd. Fareez telah menyebabkan Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mula bertindak.

"Ibarat retak menanti belah suasana dalam PKR sekarang. Kita dapat tahu Wan Azizah, anaknya, Nurul Izzah Anwar dan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin sangat marah dengan Azmin dan Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin ekoran isu Mohd. Fareez.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana