Penceroboh Sulu sudah merebak ?....TERBARU seorang lagi anggota polis terbunuh di Semporna pula


Kalau nak buat andaian berdasarkan kejadian serangan terbaru awal Sabtu malam nampak macam kehadiran pergerakan penceroboh bersenjata Sulu yang sebelum ini terkepung di Lahad Datu sudah merebak  ke kawasan Semporna pula.Ini ekoran kejadian tembak menembak di Kampong Sri Jaya,Siminul ,Semporna yang terletak kira-kira 150 kilomiter dari Kampong Tanduo,Felda Sababat,Lahad Datu dimana berlaku serangan pagi Jumaat.

Lewat Sabtu malam Bernama melaporkan seorang lagi anggota keselamatan negara terkorban dalan pertempuran dengan sekumpulan penceroboh di Kampung Selamat, Semporna.Ia memetik sumber sebagai memberitahu dalam kejadian itu seorang lagi anggota keselamatan turut cedera.
PETA NAK TUNJUK JARAK KIRA-KIRA 150 KILOMITER ANTARA KAMPONG TANDUO FELDA SAHABAT DI LAHAD DATU DENGAN KEJADIAN TERBARU DI SEMPORNA


AWAL PAGI AHAD - Ketua Polis Sabah Datuk Datuk Hamza Taib mengesahkan seorang anggota polis terbunuh dan dua lagi cedera akibat diserang hendap di Kampong Sri Jaya Siminul semasa hendak membuat pemeriksaan keatas sekumpulan lelaki dipercayai penyokong kumpulan penceroboh yang terkepung di Lahad Datu.

Katanya kejadian berlaku sekitar 7 malam.

Beliau berkata selepas serangan itu kumpulan berkenaan berjaya melarikan diri.
 
Mulanya ada sikit kekeliruan tentang lokasi kejadian samada di Kampong Selamat (tempatnya...ikut laporan awal Bernama)  atau Kampung Sri Jaya Siminul di Semporna.

Sebelum itu satu kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar di laman facebook PDRM menjelang tengah malam mengesahkan berlaku kejadian tembak-menembak di Kampung Sri Jaya Siminul, Semporna, Sabah, kira-kira pukul 7.30 malam.

BERIKUT IALAH KENYATAAN BELIAU : LAHAD DATU - KENYATAAN KETUA POLIS NEGARA

YDH Tan Sri Datuk Seri Ismail bin Tan Sri Omar mengesahkan bahawa telah berlaku satu kejadian tembak menembak susulan daripada pemeriksaan oleh pihak polis ke atas sebuah premis di Kampung Sri Jaya Siminul, Semporna, Sabah, kira-kira jam 7.30 mlm tadi.

Pemeriksaan tersebut bertujuan mengesahkan penglibatan kejadian pencerobohan di Lahad Datu. Setakat ini, pihak polis masih belum dapat mengesahkan jumlah mereka yang terlibat dalam kejadian terbabit. Bagaimanapun jumlah yang terlibat dipercayai tidak melebihi 10 orang.

Dalam kejadian tembak menembak ini, beberapa anggota polis dilaporkan tercedera. Butiran terperinci akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

Lebih awal Sabtu malam, Ketua Polis Sabah Datuk Hamzah Taib mengesahkan ada kejadian tembak menembak di Kampong Simunal tetapi ketika itu menafikan ia ada kaitan dengan kes pencerobohan di Lahad Datu.

Menurut beliau kejadian berlaku semasa anggota polis pergi membuat pemeriksaan mengena laporan ada orang memiliki senjata di situ.

Beliau juga menolak khabar angin ada serangan keatas balai polis di Lahad Datu.

Sementara itu ikut cakap-cakap yang berlegar ada kemungkinan kumpulan penceroboh Sulu sudah menyusup masuk tanpa diketahui ke beberapa bahagian sekitar Lahad Datu,Semporna dan Tawau sebelum ini.

Ini kerana kalau tengok peta lokasi daerah itu tidak jauh dipisahkan lautan dengan sebilangan kepulauan di Selatan Filipina.

Lagi pun agak sukar untuk kenal mereka kerana paras rupa agak sama dengan penduduk tempatan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana