Pencerobohan Lahad Datu: Siapa untung siapa rugi


Siapakah yang akan mengaut keuntungan politik jika berlaku huru-hara di Sabah? Ada teori mengatakan bahawa tragedi di Lahad Datu ini akan menguntungkan pihak pembangkang di Malaysia.

Berhadapan dengan isu pencerobohan ini sejak bulan lalu, kerajaan Malaysia mendahulukan diplomasi. Ketua Penceroboh, Raja Muda Sulu, Abgimuddin Kiram dirundingi dengan harapan langkah itu dapat diselesaikan dengan aman.

Bagaimanapun apabila disokong oleh latar belakang ingin memperjuangkan “kepentingan politik lebih besar di Filipina” dan sokongan ketenteraan MNLF, penceroboh enggan berganjak.

Ketika cara paling manusiawi diusahakan, pihak Pakatan Rakyat bingkas menyambar peluang merebut keuntungan politik. Kerajaan Malaysia dituduh lemah dan gagal menghapuskan pencerobohan kedaulatan Malaysia.

Malah pendatang baru dalam politik Malaysia, Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein dalam kenyataan politik pertamanya, menghukum pasukan keselamatan negara gagal mengekang pencerobohan Lahad Datu kerana tiada urutan pemerintahan yang jelas. Maksudnya, pimpinan tentera dan polis lemah.

Ini belum mengambil kira bahawa Naib Presiden PKR, Tian Chua melemparkan kenyataan bahawa kes Lahad Datu adalah satu sandiwara Umno. Walaupun beliau menafikan bermaksud jahat terhadap Umno mahupun pasukan keselamatan yang dikatanya “bersandiwara” Tian Chua tegas enggan memohon maaf.

Demikian memang tabiat pembangkang. Jika sejak awal lagi kerajaan menggunakan kuasa ketenteraan untuk menyelesaikan kemelut berkenaan, ia akan dituduh zalim, gopoh dan tidak berperikemanusiaan. Dilihat dari sudut manapun kerajaan akan kalah hujah.

Namun takdirnya tidak begitu. Sepuluh anggota keselamatan Malaysia disergap dan dibunuh dengan zalim oleh kumpulan yang ibarat “pelesit tidak berjenjang” ini. Kerajaan tiada pilihan. Keganasan mesti dihadapi dengan kekuatan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana