PENEROKA FELDA BERGOTONG-ROYONG MASAK UNTUK PASUKAN KESELAMATAN


LAHAD DATU, 16 Mac - Peneroka Felda bergotong-royong setiap hari menyediakan makanan untuk pasukan keselamatan terlibat dalam Operasi Daulat bagi membanteras pengganas yang menceroboh negara di sini.

Pengurus Besar Wilayah Felda Sabah Juany Salleh berkata setiap hari seramai 50 anggota empat Persatuan Gerakan Wanita Felda Sahabat di sini bergotong-royong menyediakan makanan bagi menghargai pengorbanan pasukan keselamatan dalam memastikan keamanan dan keselamatan penduduk di felda itu terjamin.

Sebanyak 2,000 bungkusan makanan seperti nasi berlauk ayam dan sayur disediakan setiap hari, dan usaha ini dilakukan sejak beberapa hari selepas pengganas bersenjata dari Selatan Filipina menyerang Lahad Datu, katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata selain makanan, Felda menyediakan empat dewan serba guna di Embara Budi, Fajar Harapan, Cenderawasih dan Gemala Pura untuk mangsa pencerobohan berteduh secara percuma.

"Kita juga memberi keizinan kepada pasukan keselamatan menggunakan beberapa bangunan di kompleks Felda Sahabat, antaranya bangunan sekolah agama, kompleks pusat latihan Felda dan kompleks sukan," katanya. - BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana