Pengakuan bapa Saiful tiada makna - Penganalisis


SHAH ALAM: Penafian bapa kepada Saiful Bukhari Azlan kononnya Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak meliwat anaknya dijangka tidak membantu 'membersihkan' nama Ketua Pembangkang itu mahu pun 'melembutkan' hati PAS untuk memilihnya sebagai calon Perdana Menteri jika menang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kelak.

Penganalisis politik, Asri Saleh berkata ini kerana PAS tidak hanya mempertimbangkan isu moral Anwar semata-mata sebelum menyatakan sokongan mereka untuk Ketua Umum PKR itu diangkat menjadi Perdana Menteri pertama Pakatan Rakyat.

"Pada saya sehingga PAS mengeluarkan kenyataan rasmi, menyokong sepenuhnya pencalonan Anwar menjadi Perdana Menteri, kes ini tidak akan membantu apa-apa.

"Pada saya kemungkinan PAS untuk keluarkan kenyataan rasmi seperti ini banyak bergantung kepada banyak kes. Bukan hanya kes liwat saja," katanya ketika dihubungi Antarapos.

Jumaat lalu Azlan Mohd Lazim tampil membuat pendedahan kononnya Anwar adalah mangsa konspirasi pihak tertentu dan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu tidak bersalah.

Sidang media yang turut dihadiri Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul itu bagaimanapun mencetuskan kesangsian kerana hanya mengundang media terpilih sahaja.

Pendedahan itu dinafikan Saiful dengan berkata bapanya diperalatkan pihak tertentu dan menggesa bapanya kembali ke pangkal jalan. Beliau dalam pada itu menegaskan tetap dengan pendiriannya bahawa dirinya diliwat Anwar.

Saiful mendakwa dirinya diperlakukan sedemikian oleh Anwar pada 26 Jun 2008, di sebuah kondominium di Damansara.

Dalam pada itu, mengulas mengenai kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang percaya kes liwat Anwar sudah selesai, Asri berkata ia adalah satu kenyataan yang terburu-buru.

Asri yang juga pensyarah di Fakulti Pentadbiran dan Pengajian Polisi Kampus Dungun, Universiti Teknologi MARA (UiTM) berkata, kenyataan pusingan 'u-turn' sudah menjadi 'trend' di dalam Pakatan Rakyat.

Katanya, ini terbukti melalui beberapa siri kenyataan penyiasat persendirian, P Balasubramaniam dan ahli perniagaan, Deepak Jaikishan berhubung 'skandal' Perdana Menteri.

"Kalau kenyataan Nik Aziz merujuk kepada pengakuan ayah Saiful, ia agak terburu-buru.

"Saya sebenarnya merujuk kepada integriti ayah Saiful dan beberapa insiden lain yang menunjukkan patern U-turn yang sama. Contohnya kes PI Bala dan kes Deepak," katanya.

Pada Januari tahun lalu, Anwar dibebaskan daripada tuduhan meliwat Saiful pada Jun 2008 setelah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak beberapa bukti pendakwaraya termasuk hasil keputusan DNA membabitkan Ketua Pembangkang itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana