Perdana Menteri turun ke 'Ground Zero' hari ini....Prihatinan Seorang Pemimpin


LAHAD DATU: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka akan turun ke 'Ground Zero' Lahad Datu, Sabah pada jam 11 pagi hari ini untuk memantau perkembangan Ops Daulat yang dijalankan anggota keselamatan negara sejak Selasa lalu.

Perkara tersebut diumumkan sebentar tadi oleh Menteri Pertahanan Datuk Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein pada sidang media.

Dimaklumkan tujuan perdana menteri untuk turun hari ini bagi memberi semangat kepada anggota keselamatan negara yang sedang berjuang di beberapa lokasi di Sabah selain memantau sistem logistik.

"Yang Berhormat akan pantau keadaan secara terperinci, aspek keselamatan dan kami cukup menunggu kehadiran beliau. Penting hari ini untuk bersua muka untuk beliau (Najib) melihat sendiri di 'ground zero'," kata Hishamuddin.

Turut difahamkan Najib akan menyertai sidang media bersama-sama Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

Najib pernah menjadi Menteri Pertahanan selama 14 tahun sebelum menjadi Perdana Menteri Malaysia dan beliau telah turun di beberapa medan pertempuran termasuk Bosnia, Timor Leste, utara Lubnan dan Gaza.
Setakat ini pertempuran dengan penceroboh Sulu telah mengorbankan lapan anggota polis.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana