PM terharu keberanian penduduk kampung...Inilah tandanya Rakyat Sabah Cintakan Malaysia


ARAU 3 Mac - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terharu dengan semangat dan keberanian sekumpulan penduduk kampung di Semporna, Sabah yang sanggup 'menggadai nyawa' ketika menentang seorang penceroboh bersenjata M16 di kawasan berkenaan malam tadi.Menurut beliau, tindakan luar biasa penduduk kampung tersebut disebabkan mereka tidak rela kampung dan tanah air mereka diceroboh sehingga sanggup berbuat apa sahaja.
"Saya diberitahu, sekumpulan penduduk kampung bertindak berani menyelamatkan orang kampung yang dijadikan tebusan oleh penceroboh tanpa menghiraukan keselamatan mereka."Sebagai penduduk dan rakyat negara ini, mereka sudah tentu marah kepada kumpulan penceroboh kerana mahu menggugat keamanan," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kampus Induk Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di Pauh Putra, di sini hari ini.
Beliau mengulas tindakan sekumpulan penduduk kampung menentang penceroboh bersenjata dipercayai terlibat dalam serangan mengorbankan seorang pegawai dan empat anggota polis di Kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna, malam tadi.Dalam kejadian itu, seorang lelaki bersenjatakan M16 mati dipercayai dibelasah penduduk kampung.Sementara itu, menurut Najib, kerajaan sentiasa memastikan penyaluran maklumat yang tepat mengenai pencerobohan bersenjata di Sabah khususnya di Lahad Datu, Semporna dan Kunak.

"Kita (kerajaan) tidak pernah menyorokkan maklumat, tetapi kita ambil sedikit masa untuk mengumpul dan memastikannya tepat supaya rakyat mendapat gambaran lebih tepat mengenai sebarang kejadian."Ini supaya kita tidak dituduh memberi maklumat semata-mata untuk menakut-nakutkan rakyat," katanya.Sehubungan itu, kata beliau, Ketua Polis Negara dan Panglima Angkatan Tentera telah diminta memberikan kenyataan sekiranya terdapat sebarang perkembangan mengenai kejadian tersebut.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana