PM umum pemberian bonus untuk kakitangan PNB


SERDANG 18 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemberian bonus sebulan gaji kepada semua kakitangan tetap dan kontrak syarikat-syarikat di bawah Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB) iaitu sebagai tambahan kepada bonus 2012 yang dibayar sebelum ini.

Pada masa sama, Perdana Menteri turut mengumumkan pemberian RM1,000 kepada 2,474 anak warga PNB yang berusia 23 tahun dan ke bawah dalam bentuk Amanah Saham 1Malaysia.

Menurut beliau, keupayaan pemberian insentif itu adalah hasil kecemerlangan PNB mengumpul aset berjumlah RM237 bilion setakat Disember tahun lalu.

"Kejayaan PNB dan kumpulan jelas menunjukkan warga bumiputera mampu dilantik mengendalikan syarikat korporat yang besar. Kalau dulu mereka tiada peluang, tapi sejak kewujudan PNB, ramai anak bangsa yang dibariskan di kalangan mereka yang menguruskan peniagaan berbilion ringgit," kata Najib.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana