PRESIDEN VENEZUELA MENINGGAL DUNIA


KUALA LUMPUR 6 Mac - Venezuela kini berada dalam tempoh berkabung berikutan kematian Presidennya Hugo Chavez pada umur 58 tahun akibat kanser.Menteri Luar Venezuela Elias Jose Jaua Milano mengisytiharkan 7 hari tempoh berkabung dan majlis pengkebumian akan berlangsung pada hari jumaat ini."Sehingga kini, Timbalan Presiden Nicolas Maduro akan mengambil alih kempipinan negara sehingga pilihan raya yang akan diadakan dalam tempoh 30 hari," kata Jaua.

Dalam pada itu, bekas pemimpin pembangkang negara tersebut Henrique Capriles Radonsko menyeru agar semua rakyat venezuela bersatu padu."Sekarang bukannya masa untuk berbelah-bahagi. Ianya masa untuk berdamai," katanya.Penyokong Chaves dilihat berkumpul di Dataran Caracas sejurus selepas pengumuman kematiannya disebarkan.

Chaves sebelum ini tidak mengangkat sumpah bagi menyambung mandatnya sebagai Presiden Venezuela selepas dipilih untuk kali ke-tiga pada Oktober lalu berikutan masalah kesihatannya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana