Projek mega RM6.3 bil: Mengapa LGE tergesa-gesa?


GEORGE TOWN: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menyelar kerajaan negeri yang terburu-buru mahu membina projek terowong dasar laut sepanjang 6.5 kilometer menghubungkan tanah besar ke pulau itu.

Presidennya S.M. Mohamed Idris berkata projek itu "bukanlah satu penyelesaian jangka panjang" kepada masalah lalu lintas di Pulau Pinang dan menggesa kerajaan negeri menimbang semula projek itu dengan memikirkan semula asas dasar pengangkutan semasa secara keseluruhan.

CAP mendakwa dasar semasa hanya memberi manfaat kepada pemilik kenderaan persendirian.

Terowong sepanjang 6.5 kilometer yang menghubungkan Persiaran Gurney-Bagan Ajam adalah sebahagian daripada projek infrastruktur mega bernilai RM6.3 bilion termasuk pintasan sepanjang 4.6km yang menghubungkan Air Itam-Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, jalan berkembar Tanjung Bungah-Teluk Bahang sepanjang 12km dan jalan sepanjang 4.2km antara Persiaran Gurney-Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, memintas pusat bandar.

Mohamed Idris menambah dalam pembinaan jalan raya, hujah yang dikemukakan adalah jalan raya akan mengembangkan rangkaian masa kini dan mengurangkan tekanan ke atas jalan-jalan sedia ada, sekali gus membolehkan lebih banyak ruang untuk pengangkutan awam dan laluan pejalan kaki.

"Hujah ini menarik tetapi ia tidak dapat dibayangkan.

"Banyak penyelidikan telah membuktikan membina lebih banyak jalan raya atau malah meluaskan jalan sedia ada adalah penyelesaian jangka pendek sahaja kerana jalan baru sentiasa akan menarik lebih banyak lalu lintas.

"Akan datang, jalan akan menjadi sesak lagi," katanya.

Katanya, berlaku kira-kira 100,000 penambahan kenderaan baru di jalan raya, setiap tahun di Pulau Pinang.

Beliau juga memberitahu bahawa jambatan kedua Pulau Pinang masih belum memulakan operasi.

"Memandangkan kesannya kepada trafik masih belum dapat dilihat, salah satu persoalannya mengapa Ketua Menteri tergesa-gesa mahu mempercepatkan pembinaan terowong dasar laut," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana