Projek terowong dasar laut pembaziran duit rakyat - Tun M


KUALA LUMPUR 20 Mac - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan cadangan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng untuk membina terowong dasar laut sebagai satu pembaziran duit rakyat.

"Saya tidak tahu apa perlunya pembinaan terowong itu. Kalau kita nak mengelak kapal daripada nak lalu, ikut mana pun kapal sudah tersekat dengan jambatan sedia ada," katanya.Beliau berkata, pembinaan jambatan adalah lebih murah berbanding pembinaan terowong yang menelan kos yang tinggi.

"Ini sengaja nak membazir duit rakyat. Tidak ada alasan yang munasabah bagi pembinaan tersebut," tegasnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis bersama warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Dewan Seroja, Kementerian Pertahanan, Jalan Padang Tembak, di sini hari ini.

Guan Eng baru-baru ini bertegas untuk meneruskan projek mega bernilai RM6.3 bilion itu, yang mengandungi pembinaan terowong dasar laut sepanjang 6.5 kilometer (km).Pembinaan tersebut bermula dari Persiaran Gurney ke Bagan Ajam di Butterworth, jalan pintas sepanjang 4.6km dari Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu ke Bandar Air Itam dan jalan empat lorong sepanjang 12km menghubungi Tanjung Bungah ke Teluk Bahang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana