PRU-13: Mengapa pembangkang perlu ditolak, apa kata bekas orang kuat ..


RUSLAN KASSIM... Bekas Ketua Penerangan PKR.
KUALA LUMPUR 27 Mac - Pakatan pembangkang perlu ditolak, ia tidak boleh disokong sama sekali.

Itulah peringatan tegas bekas Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ruslan Kassim kepada rakyat khususnya para pengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Penolakan terhadap pakatan pembangkang itu, kata Ruslan, sangat penting memandangkan pakatan itu, dakwa beliau, hanya menjadi alat kepada bangsa Yahudi.

Beliau mendakwa, secara lebih tepat, pakatan pembangkang mendapat bantuan dan tajaan kuasa asing itu untuk memporak-perandakan Malaysia.

Menurut beliau, pakatan pembangkang menjadi alat-alat Yahudi di negara ini bersama-sama beberapa portal berita propembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mana fungsi mereka hanya menyokong pakatan pembangkang semata-mata.

"Yahudi ini seperti Ah Long antarabangsa yang menaja pakatan pembangkang untuk menjajah kembali negara kita."Pakatan pembangkang pula akan menggunakan si kitul (orang suruhan) mereka untuk memusnahkan negara," katanya kepada Utusan Online ketika dihubungi di sini hari ini.


ANUAR SHAARI... Bekas Setiausaha Sulit kepada Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kenyataan Ruslan itu disokong bekas Setiausaha sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari yang menyifatkan pakatan pembangkang aktif dan disokong oleh NGO-NGO tempatan.

Katanya, NGO-NGO tempatan yang memihak kepada pembangkang sememangnya mendapat tajaan daripada luar negara.

"NGO-NGO tempatan bekerja rapat dengan badan-badan atau pertubuhan dari luar.

"NGO-NGO yang propembangkang ini mempunyai agenda dan mereka ini telah membantu pakatan pembangkang dalam setiap aspek," ujarnya.

Anuar turut mempersoalkan tindakan Pengerusi Pengurusan Dana Soros dan juga penyangak mata wang, George Soros yang berminat membantu Malaysia dalam kewangan secara tiba-tiba pada 1997-1998 sedangkan terdapat negara dunia ketiga yang lain boleh dibantu.Menurut beliau, adalah mustahil tiba-tiba Malaysia menjadi tumpuan Soros.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana