PRU13: BN Shah Alam turun Ustaz Yusof?


SHAH ALAM – Bahang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) bagi penduduk Shah Alam terutamanya penyokong Barisan Nasional (BN) makin terasa apabila beberapa nama individu yang dikatakan bakal calon Parlimen dan Dun mula menjadi sebutan.

Menurut sumber, individu-individu ini dilihat begitu aktif dan bekerja keras untuk memastikan BN dapat merampas kembali Shah Alam dari Pakatan Rakyat (PR).

Salah seorang daripadanya, Pengerusi Biro Gerak Saraf BN Shah Alam, Mohd Yusof Din atau lebih dikenali sebagai Ustaz Yusof dalam kalangan ahli BN Shah Alam dikatakan berpotensi jika diangkat sebagai calon Dun sama ada Kota Anggerik atau Batu Tiga.

Mungkin telahan penyokong BN Shah Alam bahawa beliau calon ‘favorite’ ada kebenarannya apabila beliau dilihat begitu prihatin dan serius dalam menjalankan gerak kerja parti.

Tambahan pula, beliau begitu agresif dan tidak pernah berputus asa mendekati pengundi di sini menerusi Program Walkabout Pengedaran Risalah PRU13 sehingga tarikh PRU13.

Bagaimanapun ketika dihubungi, Ustaz Yusof enggan mengulas lanjut tetapi mengharapkan kerjasama semua penyokong parti demi memastikan kemenangan BN bukan sahaja di Shah Alam tetapi seluruh negara.

“Saya hanya aktivis dan petugas parti seperti rakan-rakan lain. Kami bekerja untuk kemenangan BN di Parlimen Shah Alam dan seluruh negara. Biarlah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tentukan. Beliau tahu apa yang terbaik untuk kami semua,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana