PRU13: Pertemuan PM Dengan Pemimpin BN Sedang Rancak Berlangsung


PUTRAJAYA: Ekoran berita Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin Barisan Nasional menyebabkan ramai wartawan dan jurugambar berkampung di luar pejabat Perdana Menteri.

Difahamkan beberapa pemimpin negeri mengadakan pertemuan Najib untuk membincangkan mengenai senarai calon bagi pilihan raya.

Difahamkan pada pukul 2.30 petang Perdana Menteri bertemu dengan wakil daripada Sabah, Johor, Selangor dan Perak dalam sesi yang berasingan.

Kereta yang dinaiki pemimpin berkenaan dilihat tiba di Kompleks Jabatan Perdana Menteri seawal pukul 9 pagi.Turut difahamkan mesyuarat bersama pemimpin parti komponen akan berlangsung sepanjang hari Jumaat.Wartawan yang berkampung di sana hanya dilengkapi dengan peralatan kerja masing-masing bersama-sama air mineral mereka telah menunggu di bawah cuaca panas terik seawal pukul 10 pagi.

Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional, akan memuktamadkan senarai calon yang akan mewakili parti itu pada pilihan raya umum kali ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana