PRU13:Nizar sah tanding Changkat Jering..Pastikan Nizar Kalah Bertanding


IPOH: Teka-teki siapa calon Dun Changkat Jering bagi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akhirnya terjawab apabila Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin disahkan bertanding di kerusi berkenaan.

Sumber dalam parti itu memberitahu, pengumuman mengenainya akan dibuat Pesuruhjaya PAS Negeri, Abu Bakar Hussain.

"Ya, perkara itu (Nizar tanding di Dun Changkat Jering) akan diumumkan  di hadapan ribuan penyokong Pakatan Rakyat (PR) di Markas Pas Ayer Kuning malam nanti (semalam)," kata sumber.Polemik pencalonan Mohammad Nizar muncul sejak bulan Jun tahun lalu ia ditimbulkan beberapa laman blog tempatan  yang mencadangkan Adun Pasir Panjang itu bertanding di Dun Changkat Jering.

Rabu lalu, Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss dengan beraninya mengumumkan Mohammad Nizar sebagai calon parti Islam itu di kawasan Dun terbabit dalam ceramah Suara Anak Muda di Batu 6, Changkat Jering, Bukit Gantang.Kemudiannya, Mohammad Nizar yang ditanya mengenai pengumuman itu menganggap ia sebagai tindakan nakal Pemuda PAS Perak.

Berdasarkan rekod, kerusi Dun Changkat Jering sehingga 2004 diwakili oleh PAS, bagaimanapun pada tahun 2008, PAS memberi laluan kepada PKR untuk meletakkan calon bagi Pilihan Raya Umum ke-12 dan menang menewaskan calon Umno.Malangnya, pada 2009, penyandangnya, Kapten (B) Mohd Osman Jailu bertindak keluar parti dan menjadi Adun Bebas dengan menyokong Barisan Nasional (BN) bersama-sama Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dan Adun Jelapang, Datuk Hee Yit Foong.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana