Rafidah tak bertanding, Nizar tukar DUN...


Ini dua perkembangan menarik dari Perak, pertama 'wanita besi' Tan Sri Rafidah Aziz, mengulangi pendiriannya untuk tidak bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Kangsar pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).Bekas Ketua Wanita UMNO itu berkata keputusan diambil bagi memberi laluan kepada golongan muda untuk menonjolkan diri sebagai pemimpin dan berkhidmat kepada masyarakat.“Saya sudah menyatakannya sebelum ini. Saya tidak mahu bertanding lagi. Umur saya sudah pun mencecah 70 tahun, jadi biarlah pilih yang muda,” katanya

Rafidah, bekas menteri paling lama pernah berkhidmat di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), berkata beliau juga sudah mengusulkan beberapa nama kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai penggantinya.“Saya rasa Perdana Menteri memahami kehendak saya. Terpulang kepada Perdana Menteri untuk membuat keputusan,” katanya.Rafidah turut melahirkan keyakinan Barisan Nasional (BN) akan memenangi PRU-13 dengan majoriti dua pertiga.Sementara itu, bekas Menteri Besar PR di Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mungkin sudah 'goyang' di kawasan sendiri apabila diumumkan akan bertanding di kerusi DUN Changkat Jering yang sebelum ini ditandingi Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Perkara itu diumumkan Pesuruhjaya PAS negeri, Abu Bakar Hussain pada satu ceramah di Ayer Kuning di Bukit Gantang malam tadi.Nizar kini adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang dan Ahli Parlimen Bukit Gantang.Pada PRU-12, Osman Jailu yang mewakili PKR menang di kerusi itu tetapi bertindak keluar parti pada 2009 dan menjadi ADUN bebas.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana