RAHIM TAMBY CHIK : ESKAY DITAWAR WANG BUAT 'PUSINGAN U'


KUALA LUMPUR 21 Mac - Datuk Shazril Eskay Abdullah salah salah daripada anggota 'Datuk T' (Trio) mendakwa dirinya telah dipujuk dengan tawaran sejumlah wang untuk menarik kembali dakwaannya terhadap video skandal mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim suatu ketika dahulu.Menurut Pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah  (RISDA) Tan Sri Rahim Tamby Chik yang juga salah seorang anggota 'Datuk T' bersama  Datuk Shuaib Lazim, Eskay boleh menawarkan berapa sahaja nilai yang diingini dengan hanya menandatangani dokumen akuan berkanun yang disediakan

"Shazryl Eskay cuma perlu menandatangani akuan berkanun yang telah disiapkan oleh individu tersebut."
"Saya telah diberitahu oleh Shazryl Eskay bahawa jika beliau bersetuju (membuat pusingan U), dia akan diberi ganjaran wang dengan jumlah yang ditentukan sendiri oleh beliau," kata Rahim dalam sidang akhbar di ibu pejabat RISDA, di sini, hari ini.Katanya, Eskay berniat untuk bersama-sama beliau dalam sidang media tersebut namun terpaksa membatalkan hasratnya berikutan faktor keselamatan.

Beliau yang juga bekas Ketua Menteri Melaka menjelaskan, hanya Eskay yang ditawarkan oleh individu tersebut untuk menarik balik kenyataannya sebelum ini.

"Apa yang kita perjuangkan untuk menegakkan kebenaran, ini bukan untuk dijual beli... Jangan buang masa (menganggap) bahawa trio Datuk T ini seperti sesetengah orang yang membuat 'pusingan U' dan mudah dibeli," tegas Rahim.

Rahim turut mengingatkan kepada semua pihak bahawa mereka tidak akan mensia-siakan pengorbanan yang telah dilakukan oleh semata-mata kerana wang."Kita pejuangkan bukan untuk dijual oleh sesiapa pun, jangan buang masa kami," katanya.

Eskay sebelum ini telah membuat akuan sumpah laknat di Masjid Amrul Al-as, Bandar Baru Sentul pada 29 April 2011 bagi membuktikan pendedahan video seks yang dikaitkan dengan seorang pemimpin parti pembangkang tersebut adalah benar.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana