Rakyat Kelantan perlu tamatkan zaman PAS - OMBAK


SHAH ALAM: Rakyat Kelantan yang berkelana di luar negeri diseru supaya mempertimbangkan masa hadapan generasi baru anak-anak Kelantan di dalam memilih wakil mereka pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.

Menurut Presiden Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK), Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad, walaupun kebanyakan daripada mereka kini menikmati keselesaan di perantauan, namun kesengsaraan dihadapi oleh warga tempatan di bawah pentadbiran PAS harus diambil kira.

Rakyat Kelantan ujar beliau tidak sanggup lagi dibelenggu dengan isu tanah dan kelembapan pembangunan di negeri ‘Cik Siti Wan Kembang’ yang telah lebih 20 tahun ditadbir PAS.

“Setiap kali saya berdepan dengan masyarakat, saya menyeru rakyat Kelantan khususnya yang berada di luar Kelantan, jangan membuat satu keputusan hanya disebabkan keselesaan kita berada di bandar dan di kota raya.

“Harus dilihat kesengsaraan rakyat Kelantan, harus dilihat masa depan anak-anak Kelantan..harus menyelami kesengsaraan dan perit jerih orang di Kelantan khususnya dalam isu tanah..khususnya dalam isu pembangunan,” katanya ketika ditemui Antarapos baru-baru ini.

Menegaskan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat juga hanya manusia biasa yang dinobatkan jawatan tersebut melalui proses demokrasi yang diamalkan di negara ini, justeru katanya faktor Mursyidul Am PAS itu bukanlah penentu kekebalan parti itu untuk sekian lama.

“Dia tidak ada beza ataupun di mana kelebihan dia menjadi Menteri Besar. Cuma saya ingin nyatakan mungkin atas beberapa faktor sebelum ini, mungkin sedikit kelemahan yang timbul dari BN secara tidak langsung memberi kelebihan kepada PAS di Kelantan,” tegasnya yang meninggalkan PKR pada tahun 2010.

Namun begitu, landskap politik di negeri itu katanya telah mula mengalami angin perubahan apabila BN terutamanya Umno sendiri sudah mula melakukan transformasi menyaksikan sokongan rakyat telah sedikit sebanyak kembali kepada mereka.

Tambahan katanya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri telah menampilkan satu usaha yang disifatkan sebagai luar biasa di dalam meyakinkan rakyat Kelantan supaya menyokong kepimpinan beliau.

“Saya melihat rakyat, khususnya orang muda yang sebelum ini cukup segan untuk memakai baju BN ataupun Umno, tetapi hari ini kita melihat kebangkitan gelombang merah itu cukup hebat yang mana perarakan-perarakan motor anak muda ini kita boleh kumpulkan ribuan..malah sehingga 5000 kita kumpulkan.

“Ini menunjukkan satu bukan hanya kelainan, tetapi luar biasa..selama 23 tahun, mood ini hanya pernah berlaku pada tahun 1978,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana