Rakyat perlu tolak PR yang tiada integriti moral


KUALA LUMPUR: Bekas Exco Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Abdul Ghani Harun menggesa rakyat menolak pemimpin pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang kerana mereka mempunyai masalah integriti.Beliau berkata, persoalan moral bukan hanya salah laku seks semata-mata, sebaliknya juga berkisar kepada persoalan integriti moral.Jelas Abdul Ghani, beliau menjadikan Pengerusi DAP, Karpal Singh sebagai contoh salah seorang pemimpin pembangkang yang mempunyai masalah integriti.

Karpal disifatkan sebagai orang pertama mendedahkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat dengan aktiviti homoseksual iaitu pada 18 Disember 1997.Sebaliknya, pada waktu ini, Karpal antara pemimpin pembangkang yang membela Anwar bagi isu yang sama.Pada 1997, beliau (Karpal) telah membongkarkan persoalan moral Anwar di dalam Parlimen dengan meminta Anwar membersihkan nama kerana ada dua laporan salah laku seks Anwar dengan pemandunya, Azizan Abu Bakar dan dengan isteri salah seorang pegawai Anwar sendiri.

"Karpal juga tahu soal keputusan Mahkamah Rayuan 2004 yang mengesahkan bahawa kejadian homoseksual di Tivoli Villa itu berlaku. Ini persoalan integriti moral pemimpin yang seharusnya dinilai oleh rakyat dan sesungguhnya mereka ini tidak layak memimpin negara," katanya lapor  Utusan Online.

Abdul Ghani yang juga Presiden Warisan Anak Merdeka turut mempertikaikan integriti Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.

Menurut Abdul Ghani, Guan Eng mengetahui dalam pemilihan Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP yang terbaharu, wujud penipuan namun perkara itu dibiarkan berlaku.

"Ini jelas memperlihatkan masalah integriti moral beliau. Maka, renungkanlah nasib yang akan menimpa negara sekiranya mereka ini diangkat menjadi pemimpin Malaysia," tegasnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana