Saiful Bukhari : Ada Pihak 'Perguna' Bapa Saya.


KUALA LUMPUR 8 Mac - Saiful Bukhari Azlan hari ini menegaskan tindakan bapanya yang secara drastik mengubah pendiriannya berhubung  kes liwat II melibatkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim  akibat 'diperguna' pihak tertentu.

 Beliau memberi respons balas menerusi sistem pesanan ringkas (sms) kepada media sebentar tadi.

"Berikutan kenyataan bapa Saiful yang mohon maaf pada Anwar isu liwat, ini reaksi Saiful. bapa saya diperguna.", ujarnya

Saiful juga menegaskan akan terus istiqamah malah tidak akan berganjak dalam menegakkan keadilan berhubung kes berkenaan.

"Tak (sama) sekali berganjak. Tengah fikir tindakan balas selanjutnya.Saya tak mahu melatah," tegasnya.

Saiful juga dilaporkan akan membuat satu sidang media khas pada petang ini.Sebelum ini, laman portal Keadilan Daily telah melaporkan Bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim mengeluarkan kenyatan kes liwat II yang melibatkan anaknya itu merupakan satu fitnah dan konspirasi politik ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Azlan juga berkata akan memohon maaf secara terbuka kepada Anwar yang juga Ketua Pembangkang berhubung isu yang didakwanya sebagai fitnah. Foto : Blog Saiful Bukhari

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana