Saiful Bukhari relaks saja berdepan polemik bapanya Azlan 'korner baring'


Pada ketika seluruh negara sedang tumpu kepada hu ha kisah pencerobohan Sulu di Sabah...menjelang sembahyang Jumaat pecah cerita bapa Saiful Bukhari - Azlan Mohd Lazim sudah  ' korner baring'.Al kisah dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur Azlan dakwa konon anaknya telah diguna untuk kenakan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat II.Dakwanya ketua pembangkang itu difitnah dan tidak bersalah.Juga dakwanya seorang pegawai khas di Jabatan Perdana Menteri terlibat mengaturnya.

Azlan juga meminta maaf pada Anwar dan keluarganya.Ada juga yang terkejut mendengarnya,namun disebalik ini semua tuan tubuh yang dakwa dirinya kena liwat oleh bosnya - Saiful dalam reaksi awalnya nampak tenang-tenang sahaja."Bapa saya diperguna.Saya tetap istiqamah.Tak sekali2 berganjak.Tengah fikir tindakan balas selanjutnya.Saya tak mahu melatah." katanya menerusi SMS.Dengar cerita puak pembangkang tengah sakan palu gendang kisah terbaru ini yang mereka harap boleh ' cuci bersih' Anwar.

Sidang akhbar itu diatur oleh Ahli Parlimen PKR Sungai Petani,Johari Abdul.

Sementara itu dalam sidang akhbar di pejabat peguamnya jam 6 petang Jumaat,Saiful antara lain kata beliau sebelum ini memang hendak dedahkan bahawa bukan sahaja bapanya malah ramai ahli keluarganya didapati pihak-pihak tertentu untuk ganggu gugat kesnya.

Sebelum itu dalam kenyataan 11 perenggan beliau antara lain kata "Demi Allah,agama,bangsa,negara tercinta,saya ingin tegaskan tak sekali2 berganjak dari dakwaan.Saya akan terus istiqamah dan berpegang teguh pada dakwaan saya,segala keterangan saya di mahkamah,juga sumpah laknat yang saya sudah lafazkan hingga akhir hayat.""Saya rasa amat sedih dgn berita mengenai bapa saya.Saya sedih bapa saya telah jadi mangsa kerakusan politik makhluk bernama Anwar Ibrahim."Saya terus berdoa agar Allah buka pintu hati bapa saya kembali kepada jalan Allah,kebenaran pertahan anak kandungnya yang menjadi mangsa."Sebagai seorang anak,kasih sayang dan hormat kepada seorang ayah akan kekal hingga ke akhir hayat' kata Saiful.

Katanya beliau amat sedih dan dukacita dengan berita mengenai bapanya."saya sedih kerana bapa saya telah jadi mangsa kerakusan politik makhluk bernama Anwar bin Ibrahim,"katanya." Kepada Anwar bin Ibrahim, bertaubatlah. Telah 5tahun saya bertahan, dan berdiri teguh walaupun sukar. Saya pasti Allah akan balas apa yang saudara lakukan. Sungguh terdesak dan jijik sekali." Saya juga memberi amaran kepada Anwar Ibrahim, walaupun terdesak, jangan membabitkan bapa saya untuk memutarbelitkan keadaan dalam mencapai matlamat beliau." Saya percaya isu ini sengaja ditimbulkan bagi mengalih perhatian isu "pengkhianat negara" yang sedang beliau hadapi.",katanya.

Menurut Saiful kali terakhir beliau jumpa bapanya ialah Isnin lalu dan terakhir cakap melalui telefon semalam (Khamis) dan cuba hubungi tengahari tadi namun gagal,mungkin off telefon Masa cakap telefon semalam biasa-biasa saja dan tak ada cerita apa-apa.Beliau dan peguamnya dapat tahu pasal PC bapanya lepas sembahyang Jumaat

Kata Saiful minggu lalu ikut bapanya cuti di Kelantan.

Ditanya kenapa kait Anwar? Saiful kata jelas sekali kerana sidang akhbar bapanya dianjur MP PKR Sg Petani,Johari Abdul.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana