Sandiwara Lahad Datu: Enggan minta maaf...UMNO pula saman Tian Chua


UMNO Malaysia meneruskan tindakan undang-undang terhadap Tian Chua selepas tempoh yang diberi kepadanya untuk memohon maaf dan tarik balik dakwaan insiden Lahad Datu sandiwawa UMNO tamat.

Setiausaha Agung UMNO,Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata Isnin  tindakan undang-undang berkaitan kenyataan Naib Presiden PKR itu di Keadilan Daily I Mac lalu diambil oleh penasihat undang-undang parti, Hafarizam Wan & Aisha Mubarak.

Kenyataan Tian Chua di akhbar berkenaan disiarkan dibawah tajuk : Insiden tembakan di Lahad Datu konspirasi terancang UMNO - Tian Chua.

Pengurusan kes tersebut telah ditetapkan pada 11 April di KOmplek Mahkamah Jalan Duta,Kuala Lumpur dengan Tian Chua dinamakan defendan pertama manakala Editor Keadilandaily.com adalah defenden kedua serta Aisha Geoffery iaitu penulis dan wartawan laman tersebut defenden ketiga.

Khamis lalu Tian Chua sudah hadapi dakwaan atas perbuatan sama dari pihak kerajaan di Mahkamah Sesyen Jalan Duta.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana