Semangat jihad PAS semakin longlai...Putrajaya..Putrajaya Dalam Kepalanya Lagi Penting

Dalam kecelaruan ini, PAS kelihatan semakin longlai semangat jihadnya dan dimanglikan oleh obsesi untuk menang pilihan raya sahaja.Pada permukaannya PAS bertindak penuh hemah. Isu di antara soal tauhid dan politik yang besar implikasinya itu menuntut supaya Majlis Syura Ulamanya memberi pencerahan pada ummah.
Keputusan majlis tepat. Bagi tujuan komunikasi lisan kalimah Allah boleh digunakan oleh sesiapa juga. Bagaimanapun untuk merelakan kalimah Allah digunakan sebagai terjemahan makna Tuhan, Lord atau God dalam Bible bahasa Melayu, ia diharamkan.

Namun, Majlis Syura Ulama mensyaratkan dalam komunikasi biasa kalimah Allah boleh digunakan oleh penganut lain dan ia mestilah dengan tiada niat untuk menghina Islam. Malangnya, PAS berhenti setakat itu. Rasional tegahan memberi lampu hijau pada pihak yang menuntut mahu menggunakan kalimah Allah adalah kerana ia akan menggugat akidah umat.

Apakah PAS takut pada DAP?


Apakah PAS takut pada DAP? Pendakwah harus berani. Keuntungan politik bukan matlamat akhir perjuangan PAS. Kini Allah dihina untuk dijadikan Tuhan Kristian yang menganut faham bahawa Tuhan-Allah itu “tiga dalam satu”.

Apakah PAS takut tanpa sokongan DAP ia tidak mungkin berhasil menjejakkan kaki ke persada politik Malaysia – Putrajaya?

Apakah PAS tidak yakin pertolongan Allah hingga apabila kemuliaan Allah disama-tarafkan oleh golongan ini dengan tuhan-tuhan lain, ia hanya membisu? PAS tidak menunjukkan semangat jihad. PAS lebih mengutamakan kemenangan politik bersama DAP daripada mempertahankan kemuliaan Allah!

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana