Sokong pembangkang mungkin untuk jadi calon..Baik Lupa Lah...Jadi Talibarut Jer tu


IPOH 18 Mac - Tindakan beberapa bekas pegawai tinggi kerajaan menyokong parti pembangkang, berkemungkinan sebagai jalan pintas untuk mereka menjadi calon pada pilihan raya umum akan datang, kata Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan.

Beliau mendakwa golongan berkenaan seolah-olah ingin “memotong barisan"

anggota pembangkang yang telah lama berjuang dalam parti, untuk menjadi calon pilihan raya.

"Jadi, ada pemimpin yang sudah 10 tahun, 20 tahun...hanya menelan air liur kerana ada pemimpin short cut yang memotong barisan pemimpin yang telah lama berjuang dalam parti pembangkang," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Jentera Penerangan Perak di sini, hari ini.

Beliau mengulas mengenai tindakan beberapa bekas pegawai tinggi kerajaan termasuk daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang bertindak menyokong pembangkang.

"Mereka tengok agaknya berniaga tak bagus, mungkin juga mereka suka berceramah atau mungkin ada perkara yang mereka tidak persetujui (ketika berkhidmat dalam kerajaan), jadi mereka fikir kalau aku masuk parti pembangkang ada peluang jadi calon agaknya," katanya.

Bagaimanapun, katanya tindakan golongan berkenaan tidak menjejaskan Barisan Nasional (BN) kerana mereka adalah suara minoriti. - BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana