SPR muktamad putuskan pilihanraya Parlimen dan DUN serentak


Isu pilihanraya pilihanaraya parlimen berasingan dengan Dewan Undangan Negeri seperti Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim acah baru-baru ini tidak timbul lagi.

Lagipun setelah bising konon nak umum keputusan bila selepas perayaan Chap Goh Mei pada 25 Februari lalu,beliau terus menyepi.

Dan kini sekalipun beliau nak jolok kata nak bubar DUN dulu,pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mempunyai bidang kuasa menentukan bila dalam tempoh 60 ia dibubarkan.Mengikut jangka waktu Datuk Seri Najib Tun Razak perlu umum pembubarkan Parlimen bila-bila masa sekarang,SPR boleh menentukan ia diadkan serentak.Adalah dijangka Perdana Menteri akan umum antara sekarang 20 Mac  hingga 26 Mac bilamana Dewan Undangan Negeri Sembilan habis tempoh.Pendirian hendak mengadakan pilihanraya parlimen dan DUN serentak ditegaskan oleh Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar di Pekan Selasa.
Katanya keputusan SPR untuk mengadakan pilihan raya negeri dan Parlimen serentak pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) adalah muktamad.

Beliau menjelaskan keputusan itu dibuat setelah menimbang beberapa faktor yang perlu diambil kira termasuk menjimatkan duit rakyat.

"SPR akan tetap buat pilihan raya (negeri dan Parlimen) secara serentak...ini kerana jika dibuat secara berasingan ia akan melibatkan perbelanjaan yang besar, buang masa rakyat dan akan berlaku pembaziran," katanya kepada wartawan selepas mengadakan lawatan kerja ke kawasan Parlimen Pekan.

Wan Ahmad berkata jika pilihan raya negeri dan Parlimen dibuat berasingan SPR terpaksa menanggung kos perjalanan dan proses pilihan raya yang sangat tinggi.

"Sebagai contoh, sebuah negeri kalau dia nak buat pilihan raya berasingan kos yang perlu ditanggung sekitar RM20 juta, kalau negeri yang banyak penduduk macam Selangor lagi tinggi kosnya iaitu dalam RM35 juta, jadi kenapa nak buat pilihan raya berasingan," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana