Suhaimi Baba Kecewa Ada Artis Anggap Lahad Datu Satu Sandiwara


Pengarah filem terkenal dan juga Presiden Pengeluar Filem Malaysia, Datuk Paduka Shuhaimi Baba melahirkan kekecewaannya kerana terdapat artis yang menceburi politik membuat kenyataan bahawa peristiwa di Lahad Datu adalah sandiwara.

Shuhaimi menerangkan artis-artis yang kebanyakkannya terlibat dalam industri politik ketika ini lebih suka kepada menyemai rasa benci kepada pemimpin satu-satu parti politik itu kepada rakyat. Mereka mudah untuk menuduh dan mengatakan sesuatu tanpa menyelidik sama ada perkara itu benar atau tidak.

“Politik sekarang, artis lebih suka semaikan rasa benci. Apa yang saya tengok politik sekarang lebih kepada kebencian. Sepatutnya artis perlu neutralkan rasa kebencian itu. Tanggungjawab kita adalah untuk tunaikan hak mengundi.”, Suhaimi berkata demikian dalam Wacana Sinar Siri ke-18 berjudul “Artis Masuk Politik: Kredibiliti atau Pancing Undi” yang bertempat di Syarikat Karangkraf, Shah Alam petang tadi.

“Kalau orang itu tak sependapat dengan kita, kita perlu hormat pandangan orang lain, integriti itu penting. Saya takut sekarang ini politik itu penuh dengan racun kebencian,” terang Shuhaimi.

Shuhaimi turut memberikan contoh terdapat artis negara yang turut menyumbang rasa benci kepada pemimpin sekarang ini dalam insiden pencerobohan Lahad Datu.

“Contoh, insiden Lahad Datu yang dilabel sebagai sandiwara. Orang seni, orang TV, orang yang buat filem, kami memang bersandiwara. Tetapi, macam mana boleh cakap polis pun sandiwara juga,” luahnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana