Tak ada pelakon sandiwara sanggup mati....Inilah Bodoh dan Tak bertanggung jawab Puak PR Ni


Memang tidak ada lojik langsung dakwa standoff di Lahad Datu satu sandiwara UMNO untuk takutkan orang Sabah.Datuk Seri Najib Tun Razak belasah sakan Naib Presiden PKR Tian Chua yang membuat dakwaan yang disifatkannya ' sangat keji dan tidak ada hati perut'.

"Tak ada pelakon sandiwara sanggup mati...ini pendustaan besar,"katanya ketika berucap pada ribuan orang di majlis Jelajah Janji Ditepati peringkat negeri Perlis di perkarangan Stadium Kangar pagi Ahad.

Beliau memberitahu dakwaan sandiwara juga dibuat semasa peristiwa berdarah di Sauk dan Memali dulu.

Najib memberi jaminan UMNO tidak sekali-kali akan main sandiwara dengan hal-hal yang libatkan keselamatan negara dan nyawa manusia.

"Jangan main politik libat keselamatan dan nyawa,"tegasnya.

Perdana Menteri juga anggap perbuatan pembangkang itu seolah menghina pengorbanan anggota keselamatan yang terkorban dalam kejadian di Lahad Datu.

Katanya beliau sangat sedih dengan kematian dua anggota komando polis lebih-lebih melihat anak-anak Allahyarham.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana