Tak salah ada dua TPM: Anwar


SHAH ALAM: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan veteran DAP Lim Kit Siang kemungkinan akan dilantik menjadi timbalan perdana menteri jika Pakatan Rakyat menang pilihan raya umum akan datang, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sin Chew Daily melaporkan Anwar berkata undang-undang Malaysia tidak melarang kerajaan untuk melantik dua timbalan perdana menteri, namun menyatakan Pakatan Rakyat akan menghormati kehendak rakyat berdasarkan proses demokrasi.

Walau bagaimanapun beliau menjelaskan Pakatan belum berbincang mengenai perkara itu memandangkan tumpuan diberikan terhadap agenda Pakatan Rakyat.

Anwar turut menegaskan PAS tidak akan bekerjasama dengan Umno selepas pilihan raya hanya untuk melaksanakan hudud.

"Jika Umno ikhlas untuk melaksanakan undang-undang Islam, mereka terpaksa menjalinkan hubungan dengan PAS selepas menghadapi beberapa halangan pada pilihan raya umum lalu," kata beliau dalam wacana khas bersama akhbar itu.

Beliau seterusnya memberi jaminan bahawa Pakatan Rakyat tidak akan melaksanakan hukum hudud jika menjadi kerajaan, memandangkan sebarang polisi perlu merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan dan dipersetujui oleh ketiga-tiga parti.

Ahli Parlimen Permatang Pauh juga yakin pembangkang akan mengalahkan Barisan Nasional dengan majoriti kecil berdasarkan respon rakyat di negeri Pahang, Johor, Sabah dan Sarawak.

Pakatan Rakyat gagal membuat sebarang ketetapan tentang calon perdana menteri pada konvensyen kali ke-4 gabungan itu pada Isnin lalu.

Respon dari kepimpinan PKR, PAS dan DAP sebulat suara menyatakan bahawa perkara tersebut belum dibincangkan di peringkat tertinggi sebaliknya mahu terus fokus kepada 'Manifesto Rakyat' yang dibentangkan.

Namun begitu pemimpin-pemimpin PKR dan DAP menggambarkan kesediaan memberi sokongan kepada Anwar sebagai perdana menteri kecuali PAS.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana