Taktik ‘Madu Tiga’ Anwar Ibrahim…?


Tan Sri Khalid Ibrahim adalah orang yang ‘sekolah tinggi’.Beliau ada ijazah yang berjela-jela dan mempunyai pengalaman luas dalam arina korprat.
Namun tidak semestinya orang yang ada kelulusan akademik dan bijak main saham berjuta-juta tahu menari ikut rentak yang betul dalam arina politik.

Kalau tidak mana mungkin Khalid boleh keluar cakap manifesto pilihanraya bukan satu janji yang perlu ditepati dan kerajaan pimpinannya kini berdepan dengan segala macam tindakan saman dari rakyat Selangor yang marah.

Jadi apa nak hairan kalau Menteri Besar ini ada buat kenyataan macam budak darjah satu kata bosnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim terlalu sibuk berkempen dan tidak ada masa untuk buat ‘ aktiviti luar’ seperti yang didedahkan oleh blog http://rajagoyang360.blogspot.com.Rasanya Khalid kena ambil masa bersantai tengok filem ‘Madu Tiga’ bagaimana watak dibawa Allahyarham Tan Sri P.Ramlee menyelit dicelah-celah kesibukan jadi manager di syarikat bapa mertuanya sampai boleh kahwin tiga.
Kalau tak cukup beliau boleh tengok segala macam drama di Astro,TV3 atau RTM yang memaparkan kisah-kisah sewaktu dengannya.Menteri Besar ini Ahad lapor berkata dakwaan terbaru ini tidak berasas sama sekali melihat kepada kesibukan Anwar, yang Ahli Parlimen Permatang Pauh dan Ketua Umum PKR, menghadiri program-program pakatan pembangkang.

 "Jika saudara ikut dia, seperti berapa orang wartawan ikut dia, saya ingat, wartawan pun pengsan, tak larat,”katanya dalam usaha untuk mempertahan bosnya.Tak tahulah samaada Khalid sudah tengok sendiri gambar-gambar dalam blog rajagoyang itu.Juga tidak semestinya apa yang didedahkan di blog itu adalah aktiviti terbaru.Betul ke tak betul samada orang itu Anwar atau tidak itu lain cerita.Namun jelas pada gambar-gambar orang yang didakwa sebagai Anwar datang ke bilik itu berpakaian kemas.Andaian yang boleh dibuat jika gunapakai skrip filem Madu Tiga  ialah lelaki itu mungkin menyelit dicelah-celah kesibukan pergi meeting sana sini ‘untuk lepas geram’ sejenak di bilik hotel berkenaan.

Cuba patah balik kepada isu dakwaan Anwar dikaitkan dengan video skandal seks 99.9 peratus tulin dengan China Doll yang didedahkan oleh Datuk T tidak lama dulu.

Kita bukan sahaja boleh melihat video aksi berhempas pulas atas ranjang malah ada bukti rakaman CCTV semasa dua lelaki yang didakwa Datuk Sharzly Eskay Abdullah dan Anwar sedang naik dan turun lif di lokasi.

Lelaki yang didakwa Anwar itu berpakaian simple saja macam nak pergi sembang di kedai kopi.Mereka yang ada pengalaman dengan ‘aktiviti luar’ macam ini cukup masak dengan taktik dan teknik hendak menyelit.Semasa membuat pendedahan itu dulu Eskay ada menceritakan beliau adalah ‘ rakan sulit’ Anwar yang dari masa ke semasa datang ambilnya di rumah waktu malam.Eskay juga menceritanya beliau juga orang kepercayaan Anwar yang jadi ‘ tukang atur’ bila beliau turun ke Bangkok.Semua orang tertanya-tanya kenapa Anwar yang kini juga terkenal dengan slogan baru…’You Ulang I  Saman You’ sampai ke hari ini tidak berani saman Eskay.

Apakah beliau takut jika ke mahkamah macam-macam lagi akan terbongkar?Khalid tidak payahlah nak berangan (jika betul) Anwar nak ajak beliau teman  untuk ‘ aktiviti luar’ begini.Apakah Khalid boleh jamin 100 peratus...lelaki dalam CCTV yang dekat lif itu bukan Anwar?Kalau nak cari alasan sekalipun tidaklah perlu nak turunkan darjat serendah itu hingga boleh buat orang tertawa berguling-guling.Dan…kalau orang yang sekolah tinggi macam Khalid pun berfikiran serendah itu apa nak hairan kalau Anwar masih boleh cakap besar dakwa ramai orang yang tetap tidak percaya pada pendedahan-pendedahan itu semua dan masih berduyun datang dengar beliau berceramah.Khalid adalah orang politik.Soal beliau bijak berpolitik atau tidak..itu juga soal lain.Beliau tetap orang politik yang perlukan undi.

Baik Khalid atau pun DAP dan PAS yang menjadi rakan PKR tahu sangat nasib pakatan mereka jika mereka tidak mempertahankan Anwar dengan alasan sebodoh manapun lebih-lebih lagi dalam keadaan dekat pilihanraya.Di celah-celah ini semua bukan rahsia lagi al-kisahnya semakin ramai orang  yang ‘ada otak’  dalam pakatan itu lebih-lebih lagi PAS sudah curiga pada tahap maksimum sejak pendedahan video seks 99.9 peratus yang mengaitkan Anwar dengan China Doll.Bukan semua orang PAS yang boleh terima ‘fatwa’ bodoh Datuk Seri Haji Hadi Awang bahwa video itu besi dan tidak boleh jadi bukti.

Kecurigaan itu jelas terpancar bila ada perwakilan PAS yang jolok mahukan bos mereka sendiri jadi calon Perdana Menteri dan bukannya Anwar.Sehingga hari ini parti itu belum buat kata putus siapa calon rasmi mereka untuk jawatan itu.Gelombang kecurigaan itu dikatakan makin membara dengan pendedahan terbaru ini.Samada ia konspirasi,sindiket,pakatan atau apa jua istilah yang hendak digunakan terhadap Hamba Allah yang mendedahkan ‘aktiviti luar’ ini ….itu belakang kira.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana