Tamparan Hebat Buat PR....PRU13: Hindraf nekad tentang Pakatan


SHAH ALAM: Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) bertekad meletakkan calonnya untuk bertanding di kerusi Parlimen Kota Raja dan kerusi negeri Seri Andalas pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.Kedua-dua kerusi berkenaan kini disandang oleh Dr Siti Mariah Mohamud dan Dr Xavier Jayakumar dari PKR.Menurut pemimpin utama Hindraf, P Uthayakumar, keputusan itu dibuat selepas kedua-dua parti Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat didakwa gagal mempersetujui pelan tindakan lima tahun Hindraf yang disifatkan sebagai tawaran 'praktikal dan komprehensif' bagi membasmi kemiskinan rakyat India di negara ini.

Beliau turut mengakui bahawa Hindraf telah berputus asa dengan kerajaan BN yang didakwa gagal mempertingkatkan sosio-ekonomi kaum itu, dan begitu juga dengan Pakatan Rakyat melalui manifesto yang dibentangkan baru-baru ini.“Jadi kami sudah berputus asa dengan kerajaan BN dan walaupun menaruh harapan kepada kerajaan Pakatan, tetapi kami hanya nampak sedikit sahaja perbezaan berbanding kerajaan BN.

“Jika Pakatan memberi laluan, kita sanggup bertanding di atas tiket Pakatan. Tapi jika Pakatan tidak memberi laluan kepada kita di Kota Raja dan juga di Seri Andalas, kami terpaksa bertanding sebagai calon bebas,”

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana